• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Lelaki, Wanita Ditahan Kerana Miliki Sepucuk Pistol

oleh Ahmad Albab
24/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis menahan seorang lelaki dan wanita serta merampas sepucuk pistol daripada mereka di Jalan Kluang-Batu Pahat, dekat Batu Pahat, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad berkata lelaki berumur 36 tahun dan wanita berumur 24 tahun itu ditahan pada 4.15 pagi oleh sepasukan polis yang membuat pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki mereka di laluan berkenaan.

“Selain pistol tanpa permit, polis turut merampas satu kelopak peluru, lapan butir peluru, 10 biji pil Eramin serta lima paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu daripada mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata semakan mendapati lelaki itu mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah.

Katanya lelaki dan wanita berkenaan kini ditahan lanjut untuk siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tanpa lesen atau permit.

Dalam kes lain, Rusli berkata pihaknya turut menahan dua lelaki berumur 53 dan 69 tahun kerana memiliki sepucuk revolver bersama 11 butir peluru tanpa permit di Jalan Mersing-Kluang, dekat Kluang, dua hari lepas.

Menurutnya, semakan rekod mendapati seorang daripada lelaki terbabit mempunyai rekod dikehendaki polis berkaitan kes bunuh di Kampung Gajah, Kluang, pada tahun 1986.

Katanya kedua-dua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Tags: JenayahPistol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd