• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wukuf 3 Okt, Aidiladha 4 Okt – Mahkamah Agung Arab Saudi

oleh Ahmad Albab
25/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, ditetapkan pada 3 Okt dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya, demikian diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi.

Portal berita Arab News www.arabnews.com melaporkan pengumuman itu dibuat oleh Mahkamah Agung selepas beberapa individu melihat anak bulan Zulhijjah pada Rabu.

Mahkamah Agung juga mengumumkan Khamis adalah hari pertama Zulhijjah.

Hari Wukuf yang merupakan rukun haji, pada tahun ini akan menyaksikan perhimpunan lebih dua juta jemaah, termasuk 22,320 jemaah daripada Malaysia, di padang Arafah untuk berdoa dan memohon keampunan Allah SWT.

Arafah terletak kira-kira 22 kilometer dari Makkah.

Dikatakan sesiapa yang tidak berwukuf di Arafah tidak akan mendapat haji dan ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW iaitu “Haji adalah Arafah”.

Di Arafah juga Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama Khutbah Perpisahan pada tahun terakhir hayatnya, dan ia juga menjadi tempat Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas dikeluarkan daripada syurga Jannah dan ditempatkan di bumi.

Sementara itu, 93.89 peratus atau 20,957 jemaah haji daripada Malaysia telah tiba di tanah suci.

Hari ini, satu penerbangan iaitu KT60 tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi di Malaysia) membawa 448 jemaah. Penerbangan yang membawa kumpulan jemaah haji terakhir dari Malaysia dijangka tiba Sabtu ini. – BERNAMA

Tags: Arab Saudijemaah haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd