• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ruji Ajak Komuniti Esszone Amal Semangat ‘Ittihad’ Kekalkan Keamanan

oleh Ahmad Albab
24/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Komuniti di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diajak supaya terus mengamalkan semangat Ittihad (Bersatu) dan bekerjasama dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk memastikan kawasan itu sentiasa aman dan tenteram.

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berkata ia penting kerana agensi itu bukan sahaja berdepan dengan musuh yang datang dari luar tetapi juga dari dalam, khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya komuniti Esszone perlu menyedari dan menerima hakikat keadaan yang unik itu, dan tidak seharusnya menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya menguatkan tekad untuk sama-sama berusaha gigih membantu Esscom menjayakan wawasan dan harapan kerajaan yang mahu melihat keadaan keselamatan di Esszone sentiasa terpelihara.

Berucap pada Majlis Al Falaq anjuran Esscom di Masjid Nur Muhammad di Dandulit dekat sini malam tadi, beliau berkata setiap kali berlaku jenayah rentas sempadan, termasuk penculikan di Esszone, anggota Esscom menjadi sasaran tohmahan dan tuduhan melulu oleh pihak tertentu.

“Namun mereka tidak sedar Esscom berjaya mengekang sekurang-kurangnya enam cubaan menculik sebelum berlakunya insiden di Restoran Ocean King di Sandakan.

Insiden penculikan di Restoran Ocean King yang didalangi orang dalam yang sudah berada di Sabah atau PATI seharusnya menjadi pengajaran untuk semua tentang pentingnya rakyat bersatu untuk menangani ancaman ini,” katanya.

Ruji turut memperjelaskan rasional di sebalik operasi bersepadu yang kini giat dilaksanakan di enam daerah Esszone ialah Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Beliau berkata operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Esscom melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa negeri dan persekutuan itu bukan bertujuan menganiaya atau menyusahkan mana-mana pihak, termasuk komuniti peniaga, sebaliknya bermatlamat membersihkan Esszone daripada PATI dan aktiviti penyeludupan.

Katanya langkah drastik itu merupakan susulan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) dan arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Esszone supaya operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini dilancarkan.

“Majoriti rakyat menyokong operasi bersepadu ini yang menurut mereka memberi harapan baharu kepada Sabah yang selama ini bergelut dengan masalah PATI yang tidak berkesudahan.

“Marilah kita bersatu merealisasikan misi murni kerajaan ini,” kata Ruji. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd