• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esok, Harinya Seluruh Negara Berkabung

oleh AK-47
21/08/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ESOK, seluruh negara akan diselubungi kesuraman apabila 20 jenazah warga Malaysia nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan kembali ke tanahair dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam Belanda.

Pada 17 Julai lepas, kesemua jenazah merupakan antara 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine.

Hari esok juga telah diisytiharkan sebagai Hari Berkabung Negara oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 14 Ogos lepas sebagai menghormati ketibaan jenazah warga Malaysia itu.

[BACA – MH17 : 22 Ogos Diisyhtihar Hari Berkabung Negara]

Sempena Hari Berkabung Negara esok, akan berlangsunglah satu istiadat penghormatan jenazah tragedi nahas itu yang akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat khas yang membawa kesemua jasad warga Malaysia itu dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 pagi.

Pada istiadat itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah akan berangkat menghadirinya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahli Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Ketika ini, satu raptai akhir sedang dijalankan di Kompleks Bunga Raya bagi memastikan istiadat esok berjalan lancar.

RaptaiBerkabung

RaptaiBerkabung_2

Bendera Dikibarkan Separuh Tiang

Sempena Hari Berkabung Negara esok, beberapa peraturan lain sudah pun ditetapkan bertujuan memberi penghormatan kepada jenazah mangsa nahas MH17 yang akan kembali ke Malaysia.

  • Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari tersebut.
  • Rakyat di seluruh negara diminta bertafakur selama satu minit dan kenderaan yang berada di jalan raya juga perlu berhenti selama satu minit dijangkakan di antara pukul 10.45 pagi dan 11.15 pagi.
  • Pesawat-pesawat di KLIA akan juga berhenti dan bertafakur selama dua minit.
  • Semua acara berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna yang terang dan garang, bagi yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih) atau selendang hitam.
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan. 

Pada sidang media semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata nama-nama jenazah yang akan dibawa pulang esok akan diumumkan hari ini. – Mynewshub.my

Oleh : Ibnu K

Tags: jenazahMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd