WALAUPUN sudah membuat transformasi menjadi seorang wanita, Caitlyn Jenner tetap menghargai anak-anaknya dan menyambut Hari Bapa bersama-sama tanda dirinya masih lagi bapa kepada mereka.
Caitlyn menyambut Hari Bapa sebagai wanita buat pertama kali tahun ini dan apa yang lebih bermakna, kesemua anak-anaknya hadir bersama memeriahkan lagi suasana.
[PELAKON FILIPINA SOLEK MUKA MACAM KELUARGA KARDASHIAN]
Melalui laman instagram miliknya, dia telah memuat naik gambar keluarga bersama anak kandung serta anak tirinya dan rata-rata orang ramai menyatakan gambar tersebut sangat istimewa kerana mereka jarang mengambil gambar bersama-sama.
https://instagram.com/p/4PYjqgxjEo/
Di dalam gambar tersebut, Caitlyn dikelilingi oleh anak kandungnya Kendall, Burt, Brandon, Leah dan anak tirinya, Khloe, Kim dan suami, Kanye serta cucunya North dan rakan mereka Valerie Pitalo.
Walaupun kesemua anaknya tidak ada dalam gambar namun menurut sumber, kesemua anak-anak Caitlyn ada di situ dan hadir di kediamannya di Malibu.
Seronok tengok mereka sekeluarga yang semakin dapat menerima keputusan transformasi Caitlyn dengan positif dan hargainya dengan sambutan Hari Bapa pada ahad lepas.
https://instagram.com/p/4M2z26HGrb/?taken-by=kyliejenner
https://instagram.com/p/4Mu9W4jo3q/?taken-by=kendalljenner
– MYNEWSHUB.CC
Sumber: Just Jared