• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maradona Tawar Diri Jadi Calon Presiden FIFA

oleh
24/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

MONTEVIDEO – Legenda bola sepak antarabangsa dari Argentina, Diego Armando Maradona Franco atau lebih dikenali sebagai Maradona akhirnya memutuskan untuk bertanding sebagai calon Presiden FIFA.

Perkara yang cukup mengejutkan dunia sukan itu disahkan oleh seorang wartawan tempatan dari Uruguay, Victor Hugo Morales dan turut dipetik menerusi laporan agensi berita antarabangsa, Reuters pada Selasa.

Beliau berkata Maradona memberitahu demikian kepada beliau ketika ditemui secara eksklusif pada hari Ahad lalu, namun Morales tidak pula menjelaskan secara terperinci mengenai berita tersebut.

Maradona yang berusia 54 tahun memang sudah lama mengkritik corak pentadbiran Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa sebelum ini, Joseph Sepp Blatter, warga Switzerland berumur 79 tahun.

Baca: Maradona Buka Kedai Emas Di NU Sentral

Malah pada bulan lalu, Maradona menegaskan bahawa skandal rasuah yang membelenggu FIFA sejak sekian lama telah mendorong Blatter mengumumkan sendiri peletakan jawatan secara drastik pada 2 Jun lepas.

Padahal Blatter baharu sahaja dipilih buat penggal kelima sebagai ketua badan induk bola sepak dunia itu sejak menerajui FIFA pada 1998, di sebalik kritikan mengenai usia beliau yang dikatakan terlalu tua.

Maradona yang pernah menjadi jurulatih kebangsaan Argentina mulai terkenal ketika bermain membantu negara Amerika Latin itu menjulang Piala Dunia 1986 di Mexico menewaskan pasukan Jerman Barat.

Beliau yang menjadi pemain bola sepak profesional sejak 1968 bahkan pernah datang ke Kuala Lumpur, Malaysia untuk merasmikan sebuah cawangan kedai emas dengan rakannya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Nota: Rakaman wawancara Maradona dengan Morales mengenai hasrat tawaran beliau sebagai presiden FIFA.

Tags: FIFAMaradonaPiala DuniaSepp Blatter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

TMJ Tidak Akan Lari, Sedia Berdepan Penyokong Fanatik Harimau Malaya 

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) tidak akan lari daripada sebarang cabaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd