• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama 4 Negara Perlu Diperluas Untuk Kekang Ancaman Lanun

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerjasama antara Thailand, Singapura, Indonesia dan Malaysia di Selat Melaka perlu diperluas bagi mengekang ancaman lanun di kawasan perairan negara terlibat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sebuah negara sahaja tidak akan dapat menjaga keselamatan maritim dengan berkesan, sebaliknya ia memerlukan kerjasama erat antara negara yang terlibat.

“Saya sempat berbincang dengan Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu dan beliau pada dasarnya bersetuju (dengan cadangan perluas kerjasama tersebut), kita akan bincang dengan negara lain selepas ini.

“Kita juga pertimbang negara ASEAN lain jadi pemerhati dalam kerjasama ini, setakat hari ini Vietnam dan Myanmar setuju (jadi pemerhati). Mungkin kita adakan mini sidang kemuncak untuk bincangkan cara atasi jenayah ini,” katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Terdahulu beliau merasmikan Dialog Belia Antarabangsa Melaka Ke-15 bertemakan Belia dan Konflik Bersenjata : Ekspresi Tanpa Takut, Maju Tanpa Ancaman di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Kira-kira 200 belia dari 80 negara antaranya Amerika Syarikat, Sudan, Bosnia, Jerman dan Malaysia menyertai persidangan selama tiga hari itu bermula hari ini.

Sementara itu, Hishammuddin menafikan dakwaan media Indonesia bahawa terdapat bot dan pesawat Malaysia memasuki perairan negara itu secara tidak sah di Ambalat yang terletak di pantai timur kepulauan Borneo.

“Saya juga sempat bincang dengan Ryamizard berkenaan ini dan beliau setuju supaya isu sebegini tidak disensasikan baik media dari Malaysia atau Indonesia dan juga di media sosial,” katanya.

Beliau berkata hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan Indonesia sejak sekian lama membuka jalan untuk mengatasi segala isu yang terjadi dengan cara perbincangan.

Katanya semua pihak seharusnya tidak terpengaruh dengan rentak emosi dalam menangani isu seperti itu.

“Ini cara kita di ASEAN (perbincangan dan tidak menurut rentak emosi) daripada dulu lagi yang cukup berjaya membendung ketegangan antara negara, selain itu saluran diplomasi antara kementerian luar negara terlibat perlu juga diteruskan,” katanya. – BERNAMA

Tags: HishammuddinLanun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd