• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lahad Datu Perlu Sedia Hadapi Kemungkinan Gempa Bumi

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Daerah Lahad Datu di pantai timur Sabah perlu bersedia bersedia dengan kemungkinan dilanda gempa bumi, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail.

Beliau berkata, gempa bumi besar yang terakhir di Lahad Datu berlaku pada 1976 dengan berukuran 5.8 magnitud, katanya dalam satu taklimat kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin di sini.

“Ia merupakan keadaan yang membimbangkan dan kita perlu bersedia terhadap sebarang kemungkinan,” katanya.

Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Felix Tongkul mencadangkan supaya alat pemantauan gelombang seismos yang sama dipasang di puncak Gunung Kinababalu turut disediakan di Lahad Datu.

Beliau berkata, alat yang sensitif itu dapat membolehkan pakar geologi memantau aktiviti gelombang seismos di “kawasan panas” seperti Kundasang, Ranau, Gunung Kinabalu dan Lahad Datu.

Menurutnya, pakar geologi boleh menasihatkan tentang pemindahan bagi lokasi yang berhadapan dengan gegaran atau gempa bumi.

Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu dan 18 pendaki dan malim gunung maut akibat kejadian itu.

Gempa bumi itu turut mengakibatkan hakisan di kaki gunung yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Mesilou dan Kiau kira-kira seminggu selepas itu.

Gempa bumi besar terakhir di Ranau berlaku pada 1991 tetapi hanya merosakkan struktur bangunan bertingkat di sini. – mStar Online

Tags: gempa bumilahad datu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

Tragedi Lahad Datu Genap 13 Tahun Masih Segar Dalam Ingatan

04/03/2026
0

AL-FATIHAH... Tidak pernah dilupakan detik hitam yang menguji kedaulatan negara apabila pencerobohan bersenjata berlaku di Lahad Datu, Sabah. Peristiwa pada...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd