• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Singapore Airlines Mendarat Cemas Di KLIA

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah pesawat Singapore Airlines (SIA) 425 yang membawa 190 penumpang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang selepas mengalami masalah teknikal.

Jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata pesawat jenis Boeing 777-200 yang berlepas dari Mumbai, India pada 8.44 pagi dan dijangka tiba di Singapura pada 4.44 petang, melakukan pendaratan cemas di KLIA pada 4.05 petang semalam.

“Pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kebakaran kecil telah berlaku di bahagian kargo pesawat dan dipadamkan dengan ‘automatic fire fighting system’.

Beliau berkata pasukan bomba telah digegaskan ke KLIA setelah mendapat laporan mengenai pesawat tersebut membuat pendaratan cemas pada petang tadi.

“Kerja-kerja memindahkan penumpang ke terminal telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini.- BERNAMA

https://youtu.be/wc1KnBzGCQc

Tags: Singapore Airlines
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kecoh Pesawat Singapura Mendarat Di Salah Tempat

06/12/2017
0

SINGAPURA - Syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa apabila dilaporkan mendarat di salah tempat di...

SIA Batal 5 Penerbangan Ke Bali Hari Ini

27/11/2017
0

SINGAPURA – Singapore Airlines (SIA) telah membatalkan lima penerbangan ke Denpasar, Bali, hari ini berikutan penutupan sementara Lapangan terbang Antarabangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd