• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Thailand 2 Maut, 2 Parah Dalam Kemalangan Di Bentong

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua warga Thailand maut manakala dua lagi parah selepas sebuah van yang dinaiki mangsa bertembung dengan lori di KM12 Jalan Bentong-Raub, dekat Kampung Asap, (sebelum simpang ke Mempaga) Bentong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata nahas 5.30 pagi itu berlaku semasa van jenis Toyota Hiace Commuter yang dinaiki pemandu van bersama 14 penumpang warga Thailand dalam perjalanan dari Thailand menuju ke Kuala Lumpur.

“Sampai di tempat kejadian dipercayai pemandu van terbabit gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori itu.

“Akibatnya pemandu van itu, Musofa Cheana, 27, dan Rasidah Chimamali, 34, masing-masing berasal dari Narathiwat, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, dua lagi penumpang van terbabit yang mengalami kecederaan dikenali sebagai Aminah, 25, dari Pattani, parah di kepala manakala Mohd Nur Sama, 37, pula patah tangan kanannya.

Katanya, dua mangsa yang terbunuh itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sementara mangsa yang parah turut dirawat di hospital sama.

Mohamad Nor berkata pemandu lori berkenaan, Salazli Saleh, 33, dari Machang, Kelantan dan baki penumpang van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=Y4NqI-P9PdU

Tags: kemalangan mautMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd