• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banduan Ala Shawshank Dilihat Di New York

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seperti kisah dalam filem Hollywood, dua pembunuh yang melarikan diri dari penjara kawalan maksimum dengan hanya menggunakan gergaji besi dua minggu lalu, dikatakan dilihat di negeri ini dan polis memperhebat gerakan memburu mereka.

Polis berkata, gerakan memburu dua penjenayah sangat berbahaya, Richard Matt, 49, dan David Sweat, 35, sudah semakin hampir membuahkan hasil dan menasihatkan orang ramai untuk lebih berwaspada.

Mengikut polis, kelibat penjenayah berkenaan dilihat di Allegany County, kira-kira 950 kilometer selatan Penjara Clinton County, tempat kedua-dua penjenayah melarikan diri.

Sementara itu, polis menahan Joyce Mitchell, yang bekerja di kedai jahit kompleks penjara itu kerana didakwa bersubahat dengan kedua-dua penjenayah berkenaan.

Mitchell dikatakan membekalkan dua banduan berkenaan gergaji besi dan pahat untuk menyelinap dari sel sebelum merangkak ikut saluran paip dan keluar daripada kawasan penjara menerusi saluran pembetung najis, seperti dalam filem The Shawshank Redemption.

Matt sedang menjalani penjara sepanjang hayat kerana menculik dan membunuh bekas ketuanya pada 1997. Dia lari ke Mexico selepas pembunuhan itu dan membunuh seorang lagi warga Amerika di sana.

Sweat juga menjalani penjara sepanjang hayat tanpa parol kerana membunuh timbalan sherif New York pada 2002 ketika berusia 22 tahun. – Agensi/BH Online

https://www.youtube.com/watch?v=Vsu5U2XUiDI

Tags: banduannew york
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

Banduan Lari Berjaya Ditangkap Semula Di Gombak

20/04/2026
0

GOMBAK – Seorang banduan yang sebelum ini dilaporkan melarikan diri pada 9 April lalu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis...

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

Banduan Seludup Dadah Ke Penjara Marang, Peguam Ditahan Bantu Siasatan

01/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan selepas disyaki bersubahat dengan banduan untuk menyeludup masuk dadah ke Penjara Marang, dekat sini. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd