• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepasan Pendidikan Khas Perlu Diberi Peluang Pekerjaan

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching meminta majikan agar memberi ruang dan peluang kepada pelajar lepasan pendidikan khas untuk menonjolkan kemahiran dan kebolehan mereka dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Beliau berkata pelajar lepasan pendidikan khas berkenaan seharusnya tidak dipinggirkan dalam lapangan pekerjaan kerana mereka juga berupaya memberi sumbangan mengikut tahap kemampuan masing-masing.

“Terdapat pelajar pendidikan khas ini mempunyai bakat yang boleh ditonjolkan antaranya bermain piano, menyanyi dan lain-lain. Jadi kita berharap mereka ini juga mendapat perhatian para majikan selepas tamat sekolah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ibu Tunggal dan Anak-Anak Istimewa Bersempena Bulan Ramadan dan Hari Bapa 2015 di Dewan Al-Farabi, SMK Kuhara di sini hari ini.

Katanya Kementerian Pendidikan tidak pernah mengabaikan kebajikan pelajar pendidikan khas malah mereka sentiasa diberi perhatian dalam usaha memperkasa mereka.

Menurutnya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), terdapat bab khas yang memberi tumpuan dan bantuan berkaitan pembelajaran dan kemudahan yang lebih selesa kepada pelajar pendidikan khas berkenaan.

Mary Yap berkata bab berkenaan turut merangkumi usaha mempertingkat latihan para guru terlibat agar dapat memberi pembelajaran yang berkesan kepada para pelajar pendidikan khas.

Mengenai majlis itu, beliau berkata kebajikan anak-anak istimewa dan ibu tunggal sentiasa mendapat perhatian untuk diberi bantuan.

“Mereka ini perlu dibantu khasnya ketika bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka dan dapat menceriakan hidup mereka sedikit sebanyak,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan turut menyediakan kursus tertentu untuk ibu tunggal yang dapat membantu mereka menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Pada majlis itu seramai 169 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak istimewa serta warga tua menerima bantuan berupa wang ringgit dan barangan makanan. – BERNAMA

Tags: Mary Yap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perayaan Berbilang Kaum Bantu Pemahaman Budaya

16/01/2017
0

TAWAU - Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang mengadaptasikan konsep 1Malaysia, kata Timbalan Menteri Pendidikan...

Mahasiswa Disaran Sertai Program Kemasyarakatan

18/12/2016
0

TAWAU - Golongan belia khususnya mahasiswa disaran menyertai program berbentuk kemasyarakatan sebagai nilai tambah diri dan menjadi contoh kepada belia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd