• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota IS Menyamar Pelajar Diusir – KPN

oleh Ahmad Albab
21/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat asing yang disyaki menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) dan tersenarai sebagai antara individu paling dikehendaki pihak berkuasa di sebuah negara Afrika Utara ditahan awal bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan menerusi operasi khas di sekitar Lembah Klang dijalankan Bahagian Counter Terrorisme Cawangan Khas Bukit Aman.

Beliau berkata, suspek kemudian telah diusir ke negara asal pada 17 Jun lalu, jam 8 malam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. “Suspek memasuki Malaysia pada Mac tahun lalu menggunakan visa pelajar yang disyaki palsu, atas nama sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Lembah Klang.

“Visa terbabit diperoleh secara salah dari sebuah sindiket yang beroperasi di Lembah Klang untuk membolehkan suspek menetap dan menjalankan aktiviti yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Imigresen kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Mengikut rekod, Khalid berkata, suspek sama juga sebelum ini pernah ditahan pada 2007 dan dipenjara selama dua tahun di negara asalnya kerana terbabit dalam aktiviti keganasan.

“Dia berlepas ke Syria pada 2013 untuk menyertai kumpulan militan IS dan ditangkap pada awal 2014 ketika cuba menyusup masuk ke Turki,” katanya. – BHarian Online

https://youtu.be/EwHz6daR01M

Tags: ISkhalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd