• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USM Hasil Makanan Tambahan Berkhasiat Untuk Ayam

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan makanan tambahan kepada ayam iaitu probiotik yang dapat memastikan ayam lebih sihat dan berkhasiat.

Penyelidikan dijalankan di bawah Program USM-Industri-Komuniti: Kerjasama Ke arah Hasil Berimpak Demi Kebaikan Masyarakat’.

Penasihatnya Prof Madya Dr Liong Min Tze berkata penyelidikan dijalankan di ladang TerokaJaya Farm di Balik Pulau yang menjadi makmal semula jadi kepada projek itu.

Beliau berkata kajian melibatkan pelajar tahun akhir Teknologi Bioproses Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.

“Probiotik adalah sama seperti makanan kesihatan yang di makan oleh manusia dan ayam yang diberikan probiotik lebih sihat serta tidak memudaratkan manusia,” katanya.

Dr Liong berkata kebanyakan penternak memberikan makanan tambahan seperti antibiotik kepada ayam mereka bagi memastikan tumbesaran, namun ia boleh memberi kesan sampingan kepada ayam mereka.

“Perubahan kesihatan dan tumbesaran ayam dapat dilihat dalam masa 42 hari selepas diberi probiotik yang turut bertindak melawan bakteria pada ayam serta memanjangkan jangka hayat ayam,” katanya.

Pengasas ProBionic Corp, Prof Dr Park Yong-Ha dari Korea Selatan yang menjadi rakan industri projek itu berkata probiotik itu dihasilkan melalui ekstrak kimchi iaitu antara makanan popular di Korea.

“Kimchi mempunyai banyak kelebihan dan melalui ekstrak yang dihasilkan, probiotik untuk ayam mampu berfungsi sebagai pembunuh bakteria yang tidak diperlukan dalam usus,” katanya. – BERNAMA

https://youtu.be/M_Ht2OzPAO0

Tags: USM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

Penyelidik USM Temukan Arca Buddha, Prasasti Di Bukit Choras

22/09/2023
0

YAN: Kumpulan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang berjaya menemukan dua buah arca...

Penuntut USM Maut Jatuh Tingkat Lapan

26/04/2022
0

GEORGETOWN : Seorang penuntut Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd