• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perompak Ugut Ancam Keluarga Kapten Kapal MT Orkim Harmony

oleh AK-47
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kapten Kapal MT Orkim Harmony, Master Nor Fazly Sahat, menghadapi detik cemas apabila beliau telah diugut oleh perompak yang mengancam keselamatan keluarganya sebelum melarikan diri.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyatakan kesemua perompak itu telah melarikan diri menggunakan bot penyelamat MT Orkim Harmony serta mengambil butiran peribadi Kapten kapal itu.

​”Kesemua 8 perompak telah melarikan diri menggunakan kapal penyelamat MT Orkim Harmony kira-kira jam 8.30 malam dan turut mengambil butiran peribadi Kapten kapal.

“Ketua perompak juga mengugut untuk mengancam keselamatan keluarga beliau sekiranya mendedahkan rancangan mereka untuk meninggalkan kapal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kapten tersebut hanya memaklumkan kepada KD Terengganu pada jam 12.55 tengah malam iaitu hampir 5 jam setelah kesemua perompak melarikan diri demi keselamatan keluarganya.

​MT Orkim Harmony kini, diiringi oleh KD Handalan dalam pelayaran menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka memasuki pelabuhan pada jam 2.00 pagi esok.

Kesemua 22 kru kapal iaitu 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar dalam keadaan selamat kecuali seorang kru mengalami kecederaan terkena tembakan di peha ketika rompakan berlaku pada 11 Jun yang lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Kaptenperompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

Perompak Arah Mangsa ‘Bank-in’ Wang Diburu Polis

08/07/2023
0

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita...

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

Perompak Larikan Peti Besi, Barang Kemas Lebih RM200,000

30/06/2023
0

Kuala Pilah : Dua lelaki memecah masuk rumah di Taman Impian Utama, Jalan Melang di sini, semalam dan melarikan peti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd