• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seram….Kerusi Awam ‘Bikin Malu’ Papar Berat Badan Anda!

oleh AK-47
26/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bayangkan jika setiap kerusi awam di negara ini dipasang siap dengan alat penimbang berat. ‘Sure’ ada yang segan silu untuk duduk kan?

Inilah yang berlaku di Moscow,Rusia. Dalam usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran penduduk terhadap kecergasan fizikal, majlis perbandaran Moscow akan memasang alat penimbang berat badan canggih pada setiap kerusi awam yang ada di bandar tersebut.

Transformasi itu bakal dilakukan di beberapa buah taman rekreasi popular dan ditaja oleh pusat-pusat kecergasan terkemuka bagi menarik lebih ramai pelanggan yang obses terhadap berat badan mereka. Sambil menyelam minum air, yedak?

Salah satu taman awam di Moscow yang telah menerima ‘kerusi bikin malu’ itu adalah Taman Sokolniki. Menurut pengarah urusannya Andrei Lapshin, 20 buah kerusi lagi akan ditambah menjelang akhir tahun ini.

Angry fat woman with hammer and scale
Kerana gemuk, penimbang dipersalahkan.

Menurut figura ternama bidang media dan pengiklanan bandaraya itu,Vladimir Chernikov, beliau menyokong penuh pelaksanaan projek yang dilihat sebagai progresif dan menarik.

“Saya sentiasa ‘on’ dengan medium pengiklanan yang segar dan maju ke hadapan. Kami tidak akan fokus pada kerusi awam sahaja; malah kami juga dalam perancangan untuk memasang alat elektronik ini pada kerusi kiosk mengecas telefon bimbit.”

Tambah Chernikov lagi, ciri inovatif ini melibatkan kos 50,000 rubles (RM4221.56) bagi setiap kerusi, yang akan ditampung oleh pembeli ruang iklan.

Kempen yang lebih kurang sama telah diperkenalkan di Netherlands, dimana kerusi pondok bas awam telah dipasang dengan panel elektronik yang akan memaparkan berat badan si pengguna dalam kilogram.

Panel tersebut turut menyediakan informasi berkaitan nutrisi dan iklan-iklan gym.

Nampaknya kalau Malaysia turut memperkenalkan inisiatif ini, mungkin taman-taman rekreasi akan lengang tanpa pengunjung.

Ya lah, kalau timbang berat badan dengan privasi di rumah sendiri pun rasa sesak nafas, inikan pula berat kita dipampang untuk tontonan umum. Mana mau taruk muka!mynewshub.cc

Oleh SARA KHALID

Tags: kreatifobesiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

50 Peratus Penjawat Awam Di Putrajaya Obesiti – KSN

03/08/2024
0

Putrajaya : Masalah berat badan berlebihan atau obesiti membelenggu 50 peratus penjawat awam di Putrajaya, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan...

Bomba Selamatkan Lelaki Obesiti Terperangkap Banjir

Bomba Selamatkan Lelaki Obesiti Terperangkap Banjir

23/07/2022
0

SEREMBAN : Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban di sini membantu memindahkan seorang lelaki obesiti berusia 40-an...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd