SEPANG – Sebanyak 30 jenazah rakyat Malaysia sudah dikenal pasti selepas ujian DNA dijalankan di Amsterdam.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata upacara penerimaan kumpulan kedua jenazah akan diadakan pada 24 Ogos ini selepas kumpulan pertama tiba di tanah air esok.
Bagaimanapun, katanya maklumat lanjut mengenai upacara pada Ahad ini akan dimaklumkan kelak.
Beliau berkata demikian pada sidang media MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) di sini, sebentar tadi.
Kerajaan mengumumkan 20 jenazah akan dibawah pulang esok yang mana daripada jumlah itu 11 adalah penumpang dan 9 anak kapal. – BH Online

