• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HKL Berjaya Sambung Semula Tangan Anggota Polis Dalam Pembedahan Lapan Jam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
HKL Berjaya Sambung Semula Tangan Anggota Polis Dalam Pembedahan Lapan Jam
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) berjaya menjalankan pembedahan penyambungan semula tangan (hand replantation) Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy menerusi prosedur kompleks yang mengambil masa lapan jam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan, pembedahan itu dilaksanakan oleh pasukan Pakar Subkepakaran Anggota Atas dan Mikrosurgeri HKL yang diketuai Dr Allan Ravi Rajagopal dan Dr Aziz Sabbir Husain.

Menurut beliau, prosedur berkenaan memerlukan ketelitian tinggi dengan penggunaan mikroskop pembedahan bagi menyambung semula tangan anggota polis terbabit.

“Syukur atas perkhabaran gembira mengenai kejayaan pembedahan penyambungan semula tangan (hand replantation) Lans Koperal Thierry Rodger anak Fendy di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dzulkefly berkata, pasukan Neurosurgeri HKL turut terlibat dalam rawatan kecederaan di bahagian kepala anggota polis berkenaan.

Beliau menjelaskan, pengendalian kes kecemasan mikrosurgeri yang kompleks itu melibatkan kerjasama pelbagai disiplin perubatan di HKL.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan Lans Koperal Thierry terus menerima rawatan rapi secara menyeluruh bagi membantu proses pemulihan fungsi tangannya pada tahap optimum.

Terdahulu, anggota polis berusia 26 tahun itu putus pergelangan tangan kanan selepas ditetak lelaki warga asing bersenjatakan dua bilah parang dalam kejadian di sebuah kediaman di Desa Aman Puri, Kepong, kira-kira pukul 7 malam semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, suspek yang bertindak mengamuk kemudian melarikan diri sebelum ditemui berhampiran taman permainan.

Suspek ditembak selepas sekali lagi menyerang anggota polis menggunakan parang dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. – MYNEWSHUB

Tags: anggota polisberjayaHKLPembedahan Lapan JamSambung SemulaTangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd