• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Melaka Minta Jentera Pergiatkan Kempen Media Sosial

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PH Melaka Minta Jentera Pergiatkan Kempen Media Sosial
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka menyeru semua calon dan jentera pilihan raya parti itu mempergiatkan kempen menerusi media sosial menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini.

Pengerusi PH Melaka, Datuk Seri Adly Zahari mendakwa, usaha itu penting bagi memastikan lebih ramai penduduk mengenali calon yang bertanding di kawasan masing-masing.

Menurutnya, calon dan jentera PH digalakkan memanfaatkan video ringkas serta siaran langsung untuk menerangkan tawaran selain menjawab persoalan penduduk.

“Kita menyeru semua calon dan juga jentera-jentera kita agar mempergiatkan usaha di media sosial supaya lebih ramai penduduk dapat mengenali calon di kawasan masing-masing,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau turut mengingatkan jentera PH supaya menyemak setiap maklumat sebelum dikongsi, segera membetulkan sebarang kekeliruan serta menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan panduan kepada pengundi.

Dalam perkembangan sama, Adly menyeru pengundi yang berada di luar Melaka merancang perjalanan pulang lebih awal bagi membolehkan mereka mengundi pada 14 November ini.

Sementara itu, Adly memaklumkan PH sudah mengenal pasti kelompok pengundi putih, iaitu pengundi yang dikenal pasti menyokong gabungan berkenaan.

Menurutnya, usaha akan digerakkan secara maksimum bagi memastikan kelompok pengundi terbabit keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin pada hari pengundian.

“Kita sudah mengenal pasti undi-undi putih kita dan kita akan semaksimal mungkin untuk pastikan pengundi-pengundi kita ini keluar mengundi lebih awal,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: jenteraKempen Media SosialMintaPergiatkanPH Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Minta Rakyat Melaka Tolak Pemikiran Asabiyyah Taksub Perkauman

PH Minta Rakyat Melaka Tolak Pemikiran Asabiyyah Taksub Perkauman

09/11/2026
0

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) meminta rakyat Melaka menolak pemikiran Asabiyyah (taksub perkauman) yang membutakan, sebaliknya memilih untuk berpegang kepada...

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd