KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi Perdana Menteri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa tempat pelaku rasuah adalah dalam penjara.
“Selagi saya memikul amanah ini, saya tidak akan berkompromi dengan rasuah, kerana pelaku rasuah tempatnya dalam penjara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Perdana Menteri memaklumkan, perkara itu beliau singgung dalam Forum Ilmuwan Madani baru-baru ini.
Terdahulu, Anwar berkata, apabila rasuah dan penyelewengan yang menjejaskan hidup rakyat dibangkitkan, pembangkang memilih untuk membisu.
“Namun dalam mengapi-apikan sentimen perkauman dan menunggang agama, merekalah yang paling ke hadapan,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Anwar Ibrahim


