• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Salahkan Takdir Bila Bencana Banjir Berlaku – Azrul Abu Hassan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Salahkan Takdir Bila Bencana Banjir Berlaku – Azrul Abu Hassan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menegur pihak yang menyalahkan takdir apabila bencana banjir berlaku, sedangkan manusia dikurniakan akal untuk mengenal pasti punca serta mengambil langkah pencegahan.

Menurutnya, walaupun hujan merupakan ketentuan Allah, masalah seperti sistem perparitan tersumbat dan pembangunan melampau tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyalahkan takdir.

“Ada orang sedap-sedap salahkan Allah bila bencana banjir berlaku. ‘Takdir Allah’ kata mereka. ‘Allah yang turunkan hujan’.

“Betul, Allah turunkan hujan tetapi Allah juga jadikan manusia itu berakal,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Azrul turut membangkitkan projek tebatan banjir berskala besar dikenali sebagai Canal City yang pernah dicadangkan ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Katanya, projek bertaraf Venice itu mendapat kelulusan pada 2003 dan dimulakan pada 2007, namun BN kehilangan pentadbiran negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Bagaimanapun, Azrul mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pakatan menyelesaikan masalah banjir meskipun hampir dua dekad mentadbir Selangor.

Beliau berkata, kawasan yang sebelum ini jarang mengalami banjir turut terjejas akibat kelemahan penyelenggaraan longkang serta pembangunan yang terlalu mengutamakan pemaju.

Azrul turut mendakwa keadaan itu menguntungkan kontraktor, pemaju dan ahli politik tertentu, sedangkan rakyat menanggung kerugian.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Selangor melakukan perubahan politik dengan memberikan semula kepercayaan kepada BN.

“Jadi bangkitlah rakyat Selangor. Bersama-sama lah naik kapal gelombang biru yang akan meranapkan kerajaan merah. Kita betulkan Selangor,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Azrul Abu Hassan

Tags: Azrul Abu HassanBila Bencana Banjir BerlakuJangan Salahkan Takdir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

“Untunglah DAP Madani Selamatkan Kamu” – Azrul Abu Hasan

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan mendakwa DAP masih kekal bersama kerajaan Madani berkait...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd