• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan pelbagai pilihan minyak pelincir enjin untuk motosikal dan kereta.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Johor Southern Tigers, bilik pameran JDT Lubricants yang terletak di Stadium Sultan Ibrahim turut memaklumkan waktu operasinya bagi memudahkan orang ramai mendapatkan produk berkenaan.

Premis itu beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang, manakala pada hari perlawanan, waktu operasi dilanjutkan sehingga sepak mula.

Bagi perlawanan yang berlangsung pada hujung minggu pula, premis berkenaan dibuka mulai pukul 3 petang sehingga sepak mula.

Untuk rekod, JDT Lubricants merupakan jenama minyak pelincir yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan pengeluar minyak pelincir antarabangsa, Duckhams Oil.

Jenama itu mula diperkenalkan pada Jun 2025 dengan rangkaian minyak enjin motosikal sebelum mengembangkan penawaran kepada minyak enjin kereta penumpang pada penghujung tahun sama.

Antara produk ditawarkan termasuk minyak enjin sintetik penuh, separa sintetik dan mineral dengan pelbagai gred kelikatan mengikut keperluan kenderaan.

JDT Lubricants turut menerima pensijilan SIRIM pada 1 Oktober 2025 selepas memenuhi piawaian keselamatan, kualiti dan pematuhan peraturan yang ditetapkan.

Penglibatan JDT dalam industri minyak pelincir juga berkait rapat dengan penyertaannya dalam sukan permotoran menerusi JDT Racing Team yang bersaing dalam Kejuaraan Lumba Motosikal Asia (ARRC) – MYNEWSHUB

Sumber Foto: Akaun Media Sosial Johor Southern Tigers

Tags: JDT LubricantskeretaMinyak Enjinmotosikalstadium sultan ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

08/10/2026
0

PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd