• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Larangan Menyebelahi Pemerintah Yang Jahat – Ustaz Azhar Idrus

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Larangan Menyebelahi Pemerintah Yang Jahat – Ustaz Azhar Idrus
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan umat Islam supaya tidak menyokong kezaliman atau membenarkan pembohongan pemerintah, walaupun pemimpin berkenaan mempunyai hubungan rapat dengan mereka.

Menurutnya, kezaliman adalah perbuatan yang diharamkan Allah SWT, manakala mereka yang membantu pemerintah melakukan kezaliman turut diberi amaran keras dalam hadis Rasulullah SAW.

“Barangsiapa masuk atas mereka itu lalu menolong akan kezaliman mereka dan membenarkan pembohongan mereka maka bukanlah dia daripadaku dan aku bukan daripadanya,” katanya memetik maksud sebuah hadis dalam hantaran di media sosial hari ini.

Azhar menjelaskan, larangan mendekati pemerintah yang zalim bukan bermaksud semua urusan dengan golongan itu dilarang.

Katanya, pertemuan atas tujuan yang dibenarkan syarak, termasuk mengadukan masalah rakyat, membincangkan urusan negeri atau memberi nasihat, tidak termasuk dalam larangan tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa menyokong kezaliman dan mengiyakan pembohongan tetap dilarang walaupun seseorang tidak hadir sendiri ke pejabat atau kediaman pemerintah.

Dalam pada itu, Azhar mendakwa masih ada masyarakat yang terus mempertahankan pemimpin walaupun mengetahui perbuatan zalim atau pembohongan mereka, antaranya kerana kepentingan duniawi, hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Beliau turut mengingatkan bahawa pemimpin yang pada awalnya baik boleh terjerumus dalam kezaliman apabila dikelilingi individu yang buruk akhlaknya.

“Sekalipun mereka berbuat zalim atau bercakap bohong mereka tetap mendapat sokongan dan bantuan dari segala rakyat jelata maka kembalilah kehidupan umat kepada kegelapan zaman jahiliyah.

“Kerana itu yang diharamkan itu ialah menolong pemerintah yang zalim kerana zalim itu Allah haramkan ke atas diri-Nya dan diharamkan ke atas hamba-Nya,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, umat Islam perlu mengelakkan diri daripada membantu kezaliman dan membenarkan pembohongan pemerintah, selaras dengan peringatan dalam al-Quran dan hadis. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Ustaz Azhar Idrus

Tags: laranganMenyebelahipemerintahUstaz Azhar IdrusYang Jahat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

BERSAMA Persoal Larangan Waze, Bagaimana Pula Aplikasi Lain Yang Kumpul Data Lokasi?

BERSAMA Persoal Larangan Waze, Bagaimana Pula Aplikasi Lain Yang Kumpul Data Lokasi?

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti BERSAMA mempersoalkan tindakan kerajaan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam sedangkan aplikasi lain...

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

Kerajaan Pertahan Larangan Penggunaan Waze Kepada Penjawat Awam, Minta Guna Aplikasi TuJu

22/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mempertahankan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam atas dua pertimbangan utama melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd