• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seramai 79 Calon Bertanding PRN Melaka Termasuk 3 Calon Bebas

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Seramai 79 Calon Bertanding PRN Melaka Termasuk 3 Calon Bebas
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seramai 79 calon disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 selepas proses penamaan calon di 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) ditutup pada pukul 10 pagi, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan media Bil. 55/2026 memaklumkan semua 79 kertas penamaan diterima dan disahkan layak, tanpa sebarang pencalonan ditolak.

Pakatan Harapan (PH) menampilkan calon paling ramai iaitu 24 orang, diikuti Barisan Nasional (BN) 23, Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) 16, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tujuh, Perikatan Nasional (PN) lima, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) seorang dan tiga calon Bebas.

Daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan, 11 menyaksikan pertembungan dua penjuru, 11 lagi tiga penjuru, manakala enam kerusi melibatkan persaingan empat penjuru.

Mengikut jantina, 65 calon adalah lelaki dan 14 wanita.

Dari segi umur, dua calon berusia 18 hingga 29 tahun, 14 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 33 calon berusia 40 hingga 49 tahun, 22 calon berusia 50 hingga 59 tahun dan lapan calon berusia 60 tahun ke atas.

Calon tertua ialah Mohamad Jaafar, 66, daripada PH yang bertanding di DUN N.23 Telok Mas, manakala calon termuda ialah Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 24, juga daripada PH, yang bertanding di DUN N.01 Kuala Linggi.

SPR turut memaklumkan tempoh kempen rasmi bermula sebaik sahaja pegawai pengurus mengisytiharkan pilihan raya dipertandingkan dan berakhir pada pukul 11.59 malam, Jumaat, 13 November 2026. – MYNEWSHUB

Tags: 3 Calon Bebas79 CalonbertandingPRN MelakaSeramai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

“Membujur Lalu, Melintang Patah!” – Mukhlis Mubin

31/10/2026
0

MELAKA - “Kalau tak matang, satu dunia kecam saya, takkan saya berdiri lagi kat sini.” Demikian tegas calon Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd