• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasmine Lok Terus Ke Melaka Bekerja Hingga 2 Pagi Siapkan Pusat Operasi

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jasmine Lok Terus Ke Melaka Bekerja Hingga 2 Pagi Siapkan Pusat Operasi
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memuji kesungguhan dan semangat calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Jasmine Lok Huey Yee, yang bekerja sehingga jam 2 pagi bagi menyiapkan pusat operasi pilihan rayanya.

Menurut beliau, Jasmine Lok menunjukkan komitmen tinggi apabila terus menguruskan persiapan kempen meskipun baru selesai menempuh perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Melaka.

Katanya, Jasmine Lok tiba di Parlimen kira-kira jam 4 petang semalam bagi menerima watikah serta melengkapkan dokumentasi yang diperlukan daripada Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jasmine Lok kemudian meninggalkan Parlimen sekitar pukul 6 petang sebelum tiba di Melaka kira-kira pukul 9 malam berikutan hujan lebat sepanjang perjalanan.

Bagaimanapun, beliau tidak terus berehat, sebaliknya berjaya mendapatkan sebuah lot kedai di Melaka Raya dalam tempoh sejam untuk dijadikan pusat operasi pilihan rayanya.

Sebaik menerima kunci premis, Jasmine Lok bersama beberapa pembantunya terus membersihkan kawasan berkenaan, membawa masuk bendera BN dan bahan kempen serta bertemu wakil syarikat pengiklanan bagi mengatur pemasangan papan tanda dalam tempoh 24 jam.

Mereka meneruskan kerja sehingga jam 2 pagi bagi memastikan pusat operasi tersebut dapat berfungsi sepenuhnya dalam masa sehari.

“Saya menyaksikan sendiri kesungguhan, ketegasan, dan semangat juang Jasmine Lok.

“Walaupun menempuh perjalanan jauh dan keletihan, beliau tetap turun padang dan memantau sendiri setiap perincian bagi memastikan pusat operasi tersebut dapat beroperasi sepenuhnya dalam masa hanya satu hari,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

MCA memperoleh tambahan satu kerusi DUN Bandar Hilir selepas rundingan akhir antara BN dan Perikatan Nasional (PN), menjadikan parti itu bertanding di tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk Machap Jaya dan Kelebang. – MYNEWSHUB

Tags: bekerjaHingga 2 PagiJasmine LokPusat OperasiSiapkanTerus Ke Melaka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Elmina: Arwah Hafiz ‘Pulun Job’ Nak Bantu Duit Kahwin Adik

Nahas Elmina: Arwah Hafiz ‘Pulun Job’ Nak Bantu Duit Kahwin Adik

19/08/2023
0

KLANG – Penghantar makanan, Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, dilihat kurang ceria dan banyak menyendiri sebelum maut dalam nahas...

PRN Johor: Pemimpin PH Mula Tiba Di Pusat Operasi

12/03/2022
0

SENAI - Pemimpin Pakatan Harapan (PH) mula tiba di pusat operasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor gabungan itu di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd