• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chegubard Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Bulan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Chegubard Dijatuhi Hukuman Penjara 4 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyelaras Parti Wawasan Negara (Wawasan) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Memetik laporan media, Hakim Norma Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah bagaimanapun dilaporkan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi serta menaikkan jaminan Badrul sebanyak RM5,000 menjadikan jaminan keseluruhan RM15,000.

Pada 29 April 2024, Penyelaras Parti Wawasan Negara (WAWASAN) Negeri Sembilan itu didakwa atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah dengan mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa perkara itu boleh merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 2025, namun Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk prosiding pembelaan.

Terdahulu, Chegubard dalam satu hantaran di media sosial pagi ini memaklumkan, beliau akan dibacakan keputusan kes dimana beliau didakwa ekoran perhimpunan Daulat Tuanku: Selamatkan Tanah Air yang diadakan pada 22 Januari 2022. – MYNEWSHUB

Tags: 4 BulanChegubardDijatuhiHukuman Penjara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Hukuman Penjara 15 Tahun, Denda RM11.4 Bilion Kes 1MDB

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4...

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd