MELAKA – Kekecohan kecil berlaku ketika Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Pakatan Harapan (PH) di pekarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, malam tadi.
Kejadian berlaku ketika Ketua Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sedang menyampaikan ucapan apabila beberapa individu dari arah belakang majlis didengari berteriak dan membuat bising.
Gangguan itu menyebabkan Saifuddin Nasution terpaksa menghentikan ucapannya seketika sebelum meminta petugas majlis memastikan keadaan terkawal.
“Duduk… duduk. Orang belakang memang macam itu ‘cengeh’. Petugas-petugas pastikan keadaan terkawal sedikit,” katanya.
Beliau kemudian meneruskan ucapan dengan menjelaskan bahawa majlis seumpama itu lazimnya digunakan oleh pimpinan parti untuk menyampaikan pesanan, nasihat, arahan kerja serta hala tuju PH menjelang pilihan raya.
“Majlis macam ini lazimnya pimpinan gunakan untuk menyampaikan beberapa pesan, nasihat dan juga arahan kerja dan juga hala tuju PH bila masuk gelanggang pilihan raya,” katanya.
Dalam majlis sama, PH mengumumkan 21 calon yang akan bertanding pada PRN Melaka, 14 November ini, diketuai Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.
Pengumuman barisan calon itu dibuat oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Daripada jumlah berkenaan, Parti Amanah Negara (Amanah) akan bertanding di lima kerusi, DAP tujuh kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) sembilan kerusi. – MYNEWSHUB


