• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Bakul Makanan, Muruku Kepada 400 Keluarga Sempena Deepavali

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Bakul Makanan, Muruku Kepada 400 Keluarga Sempena Deepavali
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 400 bakul makanan berserta set kuih tradisional muruku kepada 400 keluarga di Perling sempena sambutan Deepavali.

Menurut hantaran di akaun media sosial Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan yayasan berkenaan dalam menjaga kebajikan masyarakat berbilang kaum di Johor.

Majlis penyerahan sumbangan berlangsung di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Kampung Pasir, semalam (23 Oktober), bagi membantu golongan memerlukan membuat persiapan menyambut perayaan tersebut.

Setiap penerima menerima bakul makanan mengandungi barangan keperluan asas selain set kuih muruku bagi menceriakan sambutan Deepavali bersama keluarga.

Majlis penyerahan disempurnakan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Tan Sri Avinderjit Singh kepada Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Pannir Selvam.

Turut hadir Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Inisiatif berkenaan mencerminkan keprihatinan YSIJ terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, khususnya dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan. – MYNEWSHUB

Tags: 400 Keluarga Sempena DeepavaliBakul MakananmurukusumbanganYayasan Sultan Ibrahim Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon orang ramai supaya tidak lagi memasukkan wang ke...

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Mesin Gembur Tanah, Perkasa Projek Nanas Wanita Orang Asli

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Mesin Gembur Tanah, Perkasa Projek Nanas Wanita Orang Asli

16/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan usaha membantu masyarakat luar bandar menerusi sumbangan mesin penggembur tanah kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd