• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPNS Siasat Dakwaan Murid Sekolah Terlibat Sajikan Minuman Beralkohol Majlis Makan Malam

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JPNS Siasat Dakwaan Murid Sekolah Terlibat Sajikan Minuman Beralkohol Majlis Makan Malam
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memandang serius dakwaan penglibatan murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul, Seremban dalam penyajian minuman beralkohol pada majlis makan malam Persatuan Bekas Murid St. Paul (OPA), 5 September lalu.

JPNS dalam kenyataan hari ini menegaskan bahawa murid sekolah tidak sepatutnya dilibatkan dalam aktiviti mengendalikan atau menghidangkan minuman beralkohol.

Menurutnya, kebajikan, keselamatan dan maruah murid mesti sentiasa menjadi keutamaan tanpa mengira pihak yang menganjurkan sesuatu program.

“Berdasarkan maklumat awal, majlis tersebut dianjurkan oleh persatuan alumni di luar kawasan sekolah.

“Pihak sekolah dan persatuan alumni telah menafikan dakwaan bahawa murid terlibat dalam penyajian minuman beralkohol,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, JPNS memaklumkan pihaknya sedang meneliti semua keterangan termasuk penglibatan murid dalam majlis berkenaan bagi memastikan fakta sebenar dapat dikenal pasti.

Majlis makan malam tersebut dilaporkan berlangsung di Regent Hall, Seremban pada 5 September lalu.

JPNS turut memaklumkan siasatan terhadap aduan yang diterima melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sedang dimuktamadkan, termasuk penelitian terhadap pematuhan prosedur oleh pihak sekolah.

“Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau kecuaian dalam pelaksanaan tanggungjawab, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya.

JPNS memberi jaminan setiap dapatan siasatan akan diteliti secara menyeluruh dan tindakan susulan dilaksanakan demi melindungi kepentingan murid. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: dakwaanJPNSmajlis makan malamminuman beralkoholmurid sekolahSajikansiasatTerlibat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd