• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Akmal Saleh Terima Hampir RM45,102 Sumbangan, Rayu Orang Ramai Henti Masukkan Wang
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memohon orang ramai supaya tidak lagi memasukkan wang ke akaun banknya selepas menerima hampir RM45,102.18 daripada individu yang mahu membantu beliau menjelaskan bayaran ganti rugi dan kos berjumlah RM300,000.

Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan beliau terpaksa menarik semula nombor akaun bank yang dikongsikan menerusi hantaran terdahulu kerana kebanyakan wang diterima adalah sumbangan, bukannya bayaran untuk membeli motosikal atau ikan tilapia ternakannya.

Menurut Akmal, beliau hanya mahu menjual aset miliknya, termasuk motosikal Honda X-ADV dan ikan tilapia bagi mendapatkan wang untuk melunaskan tanggungjawab tersebut.

“Saya sangat-sangat berterima kasih, tetapi niat saya adalah untuk berusaha terlebih dahulu untuk menjual aset saya iaitu motor dan ikan saya terlebih dahulu,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Akmal menjelaskan, beliau tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak kerana berhasrat memikul sepenuhnya tanggungjawab menjelaskan bayaran berkenaan.

Sehubungan itu, beliau merayu supaya orang ramai menghentikan sebarang pemindahan wang ke akaunnya kerana tidak mahu dibebani perasaan bersalah menerima bantuan tersebut.

“Saya mohon untuk jangan masukkan lagi duit ke akaun saya agar saya tidak rasa bersalah dengan semua.

“Tidak mengapa saya tanggung, saya hanya perlukan doa daripada anda semua sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Akmal memaklumkan beliau akan berkongsi perincian penjualan motosikal Honda X-ADV miliknya tidak lama lagi dan meminta individu yang berminat supaya menghubunginya secara terus.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan dan sumbangan kepadanya.

Terdahulu, Akmal menyatakan hasrat menjual aset miliknya selepas diperintahkan membayar ganti rugi dan kos RM300,000 susulan kes saman fitnah membabitkan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok. – MYNEWSHUB

Tags: 102Akmal SalehHampir RM45HentiMasukkan WangOrang ramairayusumbanganTerima
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Henti Guna Waze, Maklumat Kerajaan Dan Data Peribadi Rakyat Mesti Dilindungi Daripada Rejim Israel – PMO

Henti Guna Waze, Maklumat Kerajaan Dan Data Peribadi Rakyat Mesti Dilindungi Daripada Rejim Israel – PMO

21/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seluruh penjawat awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat...

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd