• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

T’ganu Tubuh Pasukan Khas Banteras Kaki Ponteng Puasa

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras gejala ‘kaki ponteng puasa’ pada bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi memastikan umat Islam di negeri mematuhi syariat Islam pada bulan Ramadan ini.

“Pasukan khas ini akan menjalankan pemeriksaan dan serbuan di kedai-kedai dan restoran yang beroperasi pada siang hari sebelum pukul dua petang yang mana kita tak akan benarkan restoran dan kedai terutamanya milik orang Islam beroperasi sebelum pukul dua petang.

“Kita juga akan membuat penangkapan terhadap orang Islam yang baligh tak kira lelaki atau perempuan yang didapati makan pada siang hari di tempat awam,” katanya pada sidang media di sini.

Ghazali berkata pihak kerajaan negeri sangat tegas dan serius dalam menangani gejala ponteng puasa di negeri ini dan sekiranya terdapat penangkapan, tindakan dan dakwaan serta merta akan dikenakan terhadap pesalah supaya ianya menjadi pengajaran kepada orang ramai.

Dalam pada itu Ghazali berkata kerajaan negeri komited dalam melaksanakan undang-undang takzir di negeri ini.

“Kita sememangnya komited ke arah untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri ini namun bagi melihat keunggulan hukum Islam itu, kita mesti bersedia dari segi fasiliti, kepakarannya supaya apabila hukum Islam dilaksanakan ianya tak boleh diperlekeh dan dipertikaikan kerana ianya hukum Allah.

Untuk melaksanakan hukum ini, banyak perkara yang perlu diambil kira dari segi keupayaannya, fasiliti dan hakim yang mana banyak kajian perlu diambil kira termasuk melihat negara yang telah melaksanakannya,” katanya.

Ghazali berkata untuk permulaan kerajaan negeri serius menangani permasalahan akhlak terutamanya dalam kalangan remaja di negeri ini.

“Melalui institusi berteraskan pendidikan Islam di negeri ini kita mahu lahirkan generasi di negeri ini generasi yang berakhlak dan berakal budi yang mana sebelum meletakkan hukum, kita akan pastikan pelaksanaan ilmu dan pendidikan diperkemas terlebih dahulu,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: puasaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Snuker Didakwa Jadi ‘Port’ Remaja Tidak Berpuasa

Pusat Snuker Didakwa Jadi ‘Port’ Remaja Tidak Berpuasa

25/02/2026
0

OlehMynewshub KUALA LUMPUR – Beberapa pusat snuker didakwa menjadi lokasi tumpuan remaja Islam yang tidak berpuasa apabila tular rakaman di...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd