• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perikatan Nasional Bakal Berkubur? RoS Batal Pendaftaran PN

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Perikatan Nasional Bakal Berkubur? RoS Batal Pendaftaran PN
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) berdepan detik paling mendebarkan selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) hari ini memutuskan untuk membatalkan pendaftaran gabungan politik berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas RoS mendapati penjelasan dan representasi dikemukakan PN gagal menyangkal asas pembatalan pendaftaran seperti yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

RoS dalam kenyataan media hari ini memaklumkan, pihaknya telah mengeluarkan notis bertarikh 22 September 2026 kepada PN di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

Notis berkenaan memberi peluang kepada gabungan itu untuk mengemukakan penjelasan dan representasi berhubung perkara yang dibangkitkan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menurut RoS, pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober lalu sebelum meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan.

Bagaimanapun, penelitian mendapati alasan diberikan tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran, selain gagal memberikan justifikasi kukuh untuk mengekalkan pendaftaran gabungan berkenaan.

Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan membuat keputusan membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

RoS turut menegaskan setiap pertubuhan berdaftar bertanggungjawab memastikan pematuhan terhadap Akta Pertubuhan 1966 serta perlembagaan pertubuhan masing-masing.

Untuk rekod, PN memenangi 73 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun 2022 dan 146 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) secara keseluruhan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 6 negeri pada 2023.

Bagaimanapun, pembatalan pendaftaran itu bermakna PN tidak dapat menggunakan nama dan logo rasminya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung.

Melainkan keputusan berkenaan berjaya diketepikan atau ditangguhkan melalui proses perundangan. – MYNEWSHUB

Tags: Bakal Berkubur?Batal Pendaftaranperikatan nasionalPNROS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Bukan Tempat Berteduh Kumpulan Rakus Kuasa, Cuba ‘Hijack’ Jenama Gabungan – Azmin

PN Bukan Tempat Berteduh Kumpulan Rakus Kuasa, Cuba ‘Hijack’ Jenama Gabungan – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dijadikan tempat berteduh...

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan kepimpinan PAS melanggar undang-undang bakal menghancurkan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd