• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIS Tidak Tolak Kemungkinan Video Disunting Guna AI

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
JAIS Tidak Tolak Kemungkinan Video Disunting Guna AI
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah memulakan siasatan terhadap seorang individu beragama Islam yang dipercayai melakukan ritual agama bukan Islam seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 dan 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 susulan dakwaan individu terbabit melakukan perbuatan yang menyalahi hukum syarak.

Menurutnya, kedua-dua seksyen berkenaan membabitkan kesalahan melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan dengan apa-apa cara yang menyalahi hukum syarak serta perbuatan menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa JAIS masih belum dapat mengesahkan dakwaan perbuatan itu berlaku ketika sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor seperti yang tersebar di media sosial.

Malah, katanya, JAIS tidak menolak kemungkinan kandungan tular berkenaan telah dimanipulasi menggunakan teknik suntingan imej atau teknologi kecerdasan buatan (AI)

“Setakat ini, pihak JAIS masih belum dapat mengesahkan bahawa perbuatan tersebut dilakukan oleh individu berkenaan semasa perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor seperti mana yang ditularkan.

“Pihak JAIS juga tidak menolak keberangkalian hantaran tersebut melibatkan suntingan superimpose atau kecerdasan buatan (AI),” katanya dalam kenyataan media bertarikh 10 Oktober 2026.

Sehubungan itu, Mohd Shahzihan berkata, beberapa fakta penting termasuk lokasi sebenar kejadian akan disiasat secara terperinci bagi menentukan bidang kuasa JAIS sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Beliau menegaskan bahawa JAIS memandang serius sebarang perkara yang menyentuh akidah umat Islam di Selangor dan akan memastikan setiap maklumat atau aduan disiasat secara profesional, tegas, cepat, tepat dan adil.

Katanya, JAIS kekal komited melaksanakan penguatkuasaan undang-undang syariah bagi memastikan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Selangor terus terpelihara daripada sebarang penyelewengan, penghinaan dan pertikaian. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Kenyataan Media: Jabatan Agama Islam Selangor – Rasmi

Tags: Agama lainBeragama IslamDisuntingGuna AIindividuJAISkemungkinanRitualTidak Tolakvideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd