• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syam Ghaz Pertahan Kenaikan Bajet J-KOM, Dakwa ‘Macai’ Dengki Penjawat Awam Naik Gaji

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Syam Ghaz Pertahan Kenaikan Bajet J-KOM, Dakwa ‘Macai’ Dengki Penjawat Awam Naik Gaji
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mempertahankan peningkatan peruntukan jabatan itu dalam Belanjawan 2027 sambil mendakwa pihak yang mempertikaikannya dengki dengan kenaikan gaji penjawat awam.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kritikan Eric Lim Sian See terhadap penambahan peruntukan untuk J-KOM ketika dua agensi media kerajaan iaitu RTM dan BERNAMA berdepan pengurangan bajet seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam.

“Lim Sian See, macai Najib/MCA/BN dengki dan nak memusuhi kenaikan gaji penjawat awam?” soalnya.

Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz mendakwa, peruntukan J-KOM di bawah pentadbiran Kerajaan Madani antara yang terendah jika dibandingkan dengan peruntukan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan J-KOM ketika pentadbiran terdahulu.

Katanya, peruntukan JASA pada zaman pentadbiran Datuk Seri Najib Razak pada 2018 berjumlah RM30.02 juta, manakala ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2021, peruntukan J-KOM mencecah RM40.5 juta.

Sebaliknya, beliau berkata, peruntukan J-KOM bagi 2027 di bawah Kerajaan MADANI hanya berjumlah RM18.47 juta.

“Kenapa ‘macai’ Najib/MCA/BN masih meroyan nak hasut rakyat kononnya bajet J-KOM melambung tinggi? Buka mata dan lihat fakta sebenar,” katanya.

Syam Ghaz berkata, peningkatan peruntukan bagi 2027 hanya berlaku pada Kod 10000 membabitkan emolumen, gaji dan elaun susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Menurutnya, peruntukan gaji meningkat daripada RM8.24 juta pada 2026 kepada RM9.54 juta bagi 2027, iaitu pertambahan kira-kira RM1.29 juta.

Beliau menegaskan, pertambahan tersebut adalah bagi menampung pelarasan gaji fasa kedua SSPA melibatkan 155 penjawat awam sedia ada di J-KOM dan bukannya untuk membiayai program jabatan berkenaan.

“Persoalannya, bila macai Najib/MCA/BN pertikaikan kenaikan bajet ini, adakah korang sebenarnya dengki dan nak bermusuh dengan kakitangan kerajaan yang akhirnya dapat merasa kenaikan gaji di bawah SSPA?” soalnya lagi.

Terdahulu, Eric Lim menerusi hantaran di media sosial mempersoalkan keputusan kerajaan meningkatkan peruntukan J-KOM sebanyak 11.4 peratus daripada RM16.58 juta pada 2026 kepada RM18.47 juta bagi 2027.

Beliau turut membangkitkan peningkatan peruntukan gaji dan elaun J-KOM sebanyak 15.8 peratus ketika dua agensi media kerajaan, RTM dan BERNAMA, berdepan pengurangan bajet.

Menurut Eric, peruntukan RTM dikurangkan sebanyak RM61.74 juta atau 11.2 peratus daripada RM551.52 juta kepada RM489.78 juta, manakala BERNAMA mengalami pengurangan RM1.06 juta atau 1.4 peratus kepada RM75 juta.

“RTM kena potong, BERNAMA pun kena potong. Tapi J-KOM dapat tambahan peruntukan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: 'Macai' DengkiBajet J-KOMdakwakenaikanPenjawat Awam Naik GajiPertahanSyam Ghaz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Pertahan Eric Lim Sian See: “Anda Tidak Salah, Hanya Salah Faham Akibat Perangkap Ceplos, Teruskan Memburu”

Nik Abduh Pertahan Eric Lim Sian See: “Anda Tidak Salah, Hanya Salah Faham Akibat Perangkap Ceplos, Teruskan Memburu”

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil mempertahankan...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd