• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, di sini, pagi Khamis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, mangsa terdiri daripada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang menunggang motosikal bersama dua adiknya, masing-masing kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal jenis Honda dan sebuah lori jenis Daihatsu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga beradik itu sedang bergerak dari arah Jalan Parit Haji Omar menghala ke Kayu Ara Pasong sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut dipercayai telah bertembung dengan sebuah motolori jenis Daihatsu yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hadzrat Hussein berkata, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian.

Katanya, dua pembonceng yang juga adik kepada penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu lori berusia 69 tahun mengalami kecederaan pada tangan dan kedua-dua lutut serta telah menerima rawatan.

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati motosikal berkenaan dipercayai melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori terbabit.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar serta keadaan yang membawa kepada kemalangan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, ketiga-tiga beradik itu difahamkan sedang dalam perjalanan menuju ke sekolah ketika kejadian kerana tidak tahu sekolah ditutup akibat jerebu. – MYNEWSHUB

Tags: Dalam Keadaan JerebuDitunggangMaut KemalanganmotosikalSekolah DitutupTidak Tahutiga beradik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd