• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU Melaka: Hari Mengundi 14 November, 687,697 Pemilih Terlibat, Kos RM28.45 juta

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
PRU Melaka: Hari Mengundi 14 November, 687,697 Pemilih Terlibat, Kos RM28.45 juta
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 14 November 2026, Sabtu sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membabitkan kesemua 28 kerusi DUN negeri itu.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas SPR hari ini susulan pembubaran DUN Melaka Ke-15 pada 23 September lalu.

Menurutnya, SPR menetapkan 31 Oktober 2026 (Sabtu) sebagai hari penamaan calon, manakala 10 November 2026 (Selasa) sebagai hari mengundi awal.

Tempoh berkempen pula ditetapkan selama 14 hari, bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 31 Oktober sehingga pukul 11.59 malam, 13 November.

“PRU DUN Melaka Ke-16 akan melibatkan seramai 687,697 pemilih, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera serta pasangan dan 2,762 anggota polis,” katanya dalam satu kenyataan media.

SPR turut menganggarkan peruntukan sebanyak RM28.45 juta diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan, dengan seramai 11,175 petugas akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya.

Sebanyak 31 pusat mengundi awal melibatkan 50 tempat atau saluran mengundi awal akan digunakan, manakala bagi pengundian biasa, sebanyak 240 pusat mengundi dengan 1,213 tempat atau saluran disediakan.

Secara keseluruhannya, terdapat 271 pusat mengundi dan 1,263 tempat atau saluran mengundi.

Bagi mengendalikan pilihan raya itu, SPR melantik 28 Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang dibantu 80 Penolong Pegawai Pengurus, selain menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya yang turut disertai wakil PDRM, pihak berkuasa tempatan dan wakil calon bertanding.

SPR turut menetapkan 28 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) bagi pilihan raya tersebut.

Sementara itu, permohonan undi pos yang dibuka sejak 23 September lalu akan ditutup pada 28 Oktober bagi Kategori 1A, manakala Kategori 1B dan 1C ditutup pada 23 Oktober.

SPR memaklumkan semakan maklumat pengundian termasuk pusat mengundi, saluran dan nombor bilangan boleh dibuat mulai 26 Oktober 2026 melalui MySPR Semak atau saluran semakan SPR.

Dalam pada itu, SPR turut membuka ruang kepada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya.

“Permohonan dibuka mulai 7 Oktober dan ditutup pada 21 Oktober 2026,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: 14 November687697 Pemilih Terlibathari mengundiKos RM28.45 jutaPRU Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Johor Siap Sedia Keadaaan Cuaca Hari Mengundi Esok

BN Johor Siap Sedia Keadaaan Cuaca Hari Mengundi Esok

18/11/2022
0

KLUANG: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan keadaan cuaca pada hari mengundi esok. Ikuti Mynewshub: Telegram Pengerusi BN...

410 Anggota Polis Putrajaya Ditugas Hari Mengundi Esok

410 Anggota Polis Putrajaya Ditugas Hari Mengundi Esok

18/11/2022
0

PUTRAJAYA: Seramai 410 pegawai dan anggota ditugaskan bagi mengawal pergerakan dan keselamatan pengundi sempena hari pengundian di sini, esok. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd