• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Sekarang Kalau Kena Jentik Sedikit Disaman’ – PMX Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap segelintir ibu bapa yang didakwa hampir tidak mengambil tahu kebajikan anak sehingga tidak menyedari sama ada mereka pulang ke rumah atau sebaliknya.

Beliau berkata, isu keselamatan pelajar tidak boleh diselesaikan hanya melalui garis panduan dan prosedur ditetapkan kerajaan, sebaliknya memerlukan kesedaran serta penglibatan semua pihak termasuk keluarga.

“Bagaimana boleh ibu bapa sampai tidak ambil tahu sama ada anak balik atau tidak balik dari semalam? Anak sekolah rendah atau menengah rendah? Bagaimana boleh berlaku?”

“Dari kenyataan-kenyataan, hampir semua yang terlibat itu, semua merasa kecewa, benar-benar rasa kecewa kerana tidak dilayan baik oleh ibu bapa,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan beliau bukan berniat menyalahkan ibu bapa, sebaliknya mahu menekankan kepentingan tanggungjawab keluarga.

“Saya tidak bermaksud nak salahkan ibu bapa, tetapi maknanya tanggungjawab keluarga. Unit keluarga itu mesti menjadi asas. Negara tertegak dengan unit keluarga yang kukuh,” katanya.

Anwar turut menyentuh keperluan memberikan kuasa disiplin lebih berat kepada pengetua dan guru besar, namun mengakui pendekatan mendisiplinkan pelajar pada masa kini berbeza berbanding generasi terdahulu.

“Beda juga daripada generasi kita. Kalau kena pukul, kalau balik rumah beritahu ibu bapa, ibu bapa pukul lagi. Kalau sekarang kalau kena jentik sedikit, disaman,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan isu keselamatan dan salah laku pelajar merupakan satu ujian besar dengan memaklumkan 5,681 kes salah laku buli dilaporkan dari Januari hingga Ogos 2026 merangkumi buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan dan buli siber.

Katanya, jumlah sebenar berkemungkinan lebih tinggi sekiranya mengambil kira kes yang tidak dilaporkan, maka kefahaman masyarakat dan ibu bapa perlu terus dipertingkatkan bagi mengekang permasalahan tersebut.

Mengenai peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Anwar berkata, tanggungjawab menjaga pelajar tidak terletak kepada guru dan sekolah sahaja kerana banyak kejadian turut berlaku selepas waktu persekolahan.

Sementara itu, Anwar berharap kenyataan media termasuk daripada Ahli Parlimen menggesa ibu bapa supaya lebih bertanggungjawab terhadap anak masing-masing.

Menurut beliau, kajian menunjukkan masalah kurangnya perhatian terhadap anak akibat kesibukan, tekanan hidup dan kemiskinan menyebabkan terdapat ibu bapa yang kadangkala tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada anak. – MYNEWSHUB

Tags: anwarDisamanJentik SedikitKalau KenaPMXsekarang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak mungkin dapat meliputi keseluruhan...

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

PMX Anwar Mohon Maaf, Akui Belum Lihat Kertas Reformasi Pendidikan Pembangkang

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf dan mengakui beliau belum melihat kertas Reformasi Pendidikan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd