• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ingatkan Perompak, Rupanya Beruang Matahari

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Ingatkan Perompak, Rupanya Beruang Matahari
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Penduduk sekitar Taman Tuanku Jaafar Golf Resort, Senawang digemparkan dengan kemunculan seekor beruang matahari yang berkeliaran berhampiran kawasan kediaman pada waktu malam.

Kejadian itu dikongsikan seorang pengguna Threads, aezack, yang mendakwa haiwan berkenaan dilihat berhampiran kawasan Golf Resort termasuk Kasia Ville.

Menurutnya, dia pada mulanya terdengar bunyi tapak kaki ketika sedang berehat dan menyangka terdapat individu mencurigakan berhampiran kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati bunyi tersebut sebenarnya datang daripada seekor beruang matahari yang berada tidak jauh dari kawasan kediaman.

“Hati-hatilah penduduk Taman Tuanku Jaafar, terutama penduduk Golf Resort Kasia Ville. Tengah melepak dengar bunyi tapak kaki. Ingatkan perompak, sekali yang keluar beruang matahari,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Dia turut melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak memandangkan kawasan perumahan tersebut mempunyai ramai penghuni yang mempunyai anak kecil.

Perhilitan Negeri Sembilan dilaporkan sudah hmenerima aduan mengenai kehadiran beruang berkenaan dan sebelum ini memasang perangkap di Kem 15 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Senawang selepas haiwan itu dipercayai merosakkan madu kelulut.

Beruang yang tular berkeliaran di Taman Tuanku Jaafar itu dipercayai haiwan sama yang dikesan sebelum ini, dengan kawasan perumahan tersebut terletak bersebelahan kem berkenaan.

Perhilitan percaya haiwan itu berasal dari Hutan Simpan Angsi.

Perhilitan turut bersedia mengambil tindakan lanjut termasuk memindahkan perangkap ke lokasi lain sekiranya beruang matahari berkenaan terus berkeliaran di kawasan kediaman.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri, mengejar atau cuba menangkap haiwan liar berkenaan sekiranya terserempak dengannya, sebaliknya segera memaklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan. – MYNEWSHUB

Tags: beruang matahariIngatkan PerompakRupanya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beruang Matahari Mati Dilanggar Di LPT2

Beruang Matahari Mati Dilanggar Di LPT2

06/11/2024
0

Kuala Terengganu : Seekor beruang matahari jantan ditemukan mati selepas dilanggar kenderaan di Kilometer (KM) 406 Lebuhraya Pantai Timur 2...

PERHILITAN Tangkap Beruang Matahari Di Tanah Merah

PERHILITAN Tangkap Beruang Matahari Di Tanah Merah

29/05/2024
0

TANAH MERAH : PERHILITAN Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu di sini, semalam. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd