• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setiausaha Agung UMNO Sahkan Rundingan PAS Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka Sedang Berjalan – “Amat Positif, Alhamdulillah”

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Setiausaha Agung UMNO Sahkan Rundingan PAS Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka Sedang Berjalan – “Amat Positif, Alhamdulillah”
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan rundingan dan perbincangan antara parti itu dengan PAS termasuk berhubung penggunaan lambang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah bermula dan masih berlangsung ketika ini.

Menerusi hantaran ringkas di media sosial, Asyraf Wajdi menyifatkan perkembangan rundingan berkenaan sebagai amat positif.

“Ya, perundingan dan perbincangan dengan PAS sudah dan sedang berjalan. Amat positif, Alhamdulillah,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #PerpaduanUmmah.

Pengesahan Asyraf Wajdi itu hadir ketika Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyatakan parti berkenaan terbuka untuk bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

Abdul Hadi berkata, PAS bersedia mempertimbangkan penggunaan lambang BN sekiranya kerjasama kedua-dua pihak dimeterai, selain mempunyai pilihan untuk
bertanding menggunakan lambang PAS sendiri.

Bagaimanapun, keputusan mengenai lambang dan jumlah kerusi masih belum dimuktamadkan kerana rundingan sedang berlangsung.

Menurut Abdul Hadi, keutamaan PAS adalah memastikan Melaka diterajui kepimpinan Melayu dan Islam, manakala parti itu kekal dengan pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH)

Perkembangan rundingan itu turut berlaku susulan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung sementara kegiatan Perikatan Nasional (PN) di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966. – MYNEWSHUB

Tags: AlhamdulillahAmat PositifGuna Lambang BNPRN MelakaRundingan PASSahkanSedang BerjalanSetiausaha Agung UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

PAS Disaran Guna Lambang BN Dalam PRN Melaka

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hassan menyarankan PAS menggunakan lambang Barisan Nasional (BN)...

PN Sahkan Terima Notis ROS Cadangan Batalkan Pendaftaran, Semua Kegiatan Digantung

PN Sahkan Terima Notis ROS Cadangan Batalkan Pendaftaran, Semua Kegiatan Digantung

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung cadangan untuk membatalkan pendaftaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd