• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Madani Akan Terus Laksana Agenda Reformasi Institusi – Azalina
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Madani akan terus melaksanakan agenda reformasi institusi secara tersusun dan berterusan bagi memperkukuh institusi demokrasi negara serta memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus terpelihara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, komitmen itu diterjemahkan menerusi penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 [Akta 869] serta pindaan berkaitan Perlembagaan Persekutuan berkuat k uasa hari ini, 1 Oktober 2026.

Menurutnya, kerajaan merafak sembah menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda menetapkan tarikh berkenaan sebagai tarikh kuat kuasa akta tersebut.

Azalina menyifatkan penguatkuasaan itu sebagai antara pencapaian signifikan agenda reformasi institusi Kerajaan Madani dan detik bersejarah bagi Parlimen Malaysia selepas Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dimansuhkan menerusi pindaan perlembagaan yang berkuat kuasa pada 20 November 1992.

Katanya, selepas lebih tiga dekad, Akta 869 mengembalikan autonomi Parlimen melalui pewujudan perkhidmatan khusus yang membolehkan institusi itu menguruskan pentadbiran, sumber manusia dan hal ehwalnya dengan lebih bebas serta berkesan.

Beliau berkata, reformasi tersebut turut mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip doktrin pengasingan kuasa serta sistem semak dan imbang antara cabang perundangan, eksekutif dan kehakiman.

“Dengan autonomi institusi yang lebih kukuh, Parlimen dapat melaksanakan fungsi perlembagaan serta tanggungjawabnya kepada rakyat dengan lebih bebas, berkesan dan berwibawa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, kepimpinan Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Jemaah Menteri, Ahli Parlimen, Jabatan Peguam Negara, kementerian, jabatan, agensi, badan bukan kerajaan serta organisasi masyarakat sivil atas kerjasama dalam merealisasikan reformasi berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: Agenda Reformasi InstitusiAkan TerusAzalinaKerajaan MadaniLAKSANA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TDM Laksana Eksesais LINUD MALINDO 2026 Bersama Tentera Indonesia

TDM Laksana Eksesais LINUD MALINDO 2026 Bersama Tentera Indonesia

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi 10 Briged (Para) sedang melaksanakan Eksesais LINUD MALINDO Tahun 2026 bersama Tentera...

Kerajaan Persekutuan Perlu Hormati Hak Negeri Sembilan, Adat Temenggong Lain Dengan Adat Perpatih – Azalina

Kerajaan Persekutuan Perlu Hormati Hak Negeri Sembilan, Adat Temenggong Lain Dengan Adat Perpatih – Azalina

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan kerajaan Negeri Sembilan, sebaliknya perlu menghormati hak negeri berkenaan. Menteri di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd