JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali atas pemergian tokoh wanita negara itu.
Baginda menerusi satu hantaran di laman media sosial HRH Crown Prince of Johor turut mendoakan agar roh Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah dicucuri rahmat.
“Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah. Al-Fatihah,” titah Tunku Mahkota Ismail.
Ucapan itu menyusuli pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.
Allahyarhamah dikenang sebagai antara tokoh wanita yang banyak menyumbang kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan serta kebajikan masyarakat.
Pemergian Allahyarhamah turut menerima ucapan takziah daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin negara dan pertubuhan politik. – MYNEWSHUB


