• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings Sdn Bhd pada 2023.

Memetik laporan media, antara yang menjadi tumpuan siasatan adalah pembangunan projek solar berkapasiti 50 megawatt (MW) di Gambang, Pahang yang dikaitkan dengan pembayaran berjumlah RM42 juta.

Menurut maklumat yang dilaporkan, wang berkenaan dipercayai dibayar bagi tujuan yang tidak berkaitan dengan projek solar tersebut, selain didakwa dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah (BOD).

Siasatan berhubung perkara itu masih berjalan dan dianggap kompleks kerana turut melibatkan beberapa aspek teknikal yang perlu diperhalusi oleh penyiasat.

SPRM pada masa sama akan meneliti perkara lain yang mempunyai kaitan, termasuk kemungkinan wujudnya kelemahan dalam aspek tatakelola seperti yang dibangkitkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dilaporkan pihak media sebagai mengesahkan siasatan berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Beliau dipetik berkata, SPRM akan berusaha menyelesaikan siasatan berkenaan secepat mungkin dengan proses itu dilaksanakan secara bebas dan adil.

Abd Halim turut dilaporkan menyambut baik ketegasan dan keprihatinan Perdana Menteri dalam usaha mengenal pasti serta menangani kelemahan yang dipercayai menjadi antara faktor kerugian UiTM Holdings. – MYNEWSHUB

Tags: BukaKertas SiasatanSPRMUiTM Holdings
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

Kertas Siasatan Libatkan MB Negeri Sembilan Dikembalikan Kepada Polis Untuk Tindakan Lanjut

Kertas Siasatan Libatkan MB Negeri Sembilan Dikembalikan Kepada Polis Untuk Tindakan Lanjut

03/11/2026
0

PUTRAJAYA - Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengembalikan kertas siasatan membabitkan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada Polis Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd