• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Bahau Sambut Keberangkatan Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat

oleh Mynewshub
25/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN DAP Bahau Sambut Keberangkatan Tuanku Muhriz Tunai Solat Jumaat
Share on FacebookShare on Twitter

BAHAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau daripada DAP, Teo Kok Seong hari ini hadir menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir ke Masjid Jamek Pekan Bahau.

Kok Seong menerusi hantaran di media sosial berkata, Tuanku Muhriz berangkat ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat Jumaat sebelum berkenan bersantap bersama pemimpin dan masyarakat setempat.

Menurutnya, keberangkatan baginda ke Bahau merupakan satu penghormatan besar dan cukup bermakna khususnya kepada masyarakat di daerah Jempol.

“Keberangkatan Tuanku ke Bahau merupakan satu penghormatan yang amat besar dan begitu bermakna, khususnya buat seluruh masyarakat di daerah Jempol.

“Kehadiran Tuanku turut mencerminkan keprihatinan dan kedekatan Institusi Diraja dengan rakyat, tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Kok Seong berkata, beliau menghargai kesempatan untuk bersama masyarakat setempat menyambut keberangkatan Tuanku Muhriz.

Beliau turut menjunjung kasih atas keprihatinan dan perhatian baginda terhadap kesejahteraan rakyat di daerah Jempol.

Kok Seong kemudian mendoakan agar Tuanku Muhriz sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta terus memayungi Negeri Sembilan dengan penuh kebijaksanaan, hikmah dan kasih sayang.

“Daulat Tuanku!” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Teo Kok Seong

Tags: ADUN DAP BahauKeberangkatanSambutTuanku MuhrizTunai Solat Jumaat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Aidilfitri Disambut Esok

01/05/2022
0

KUALA LUMPUR : Masyarakat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri, esok. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd