• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

oleh Mynewshub
25/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meneruskan tugas pentadbiran negeri apabila mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) NS Corporation, pagi ini.

Perkembangan itu dikongsikan Ismail menerusi hantaran di media sosial hari ini, ketika kemelut berkaitan pentadbiran dan institusi negeri terus menjadi perhatian.

Menurut Ismail, mesyuarat berkenaan diadakan bagi meneliti perkembangan semasa selain memperincikan hala tuju strategik NS Corporation.

“Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) NS Corporation bagi meneliti perkembangan semasa serta memperincikan hala tuju strategik syarikat,” katanya.

Beliau berkata, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh peranan NS Corporation dalam merancakkan pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan.

Ismail turut berharap segala perancangan yang dibincangkan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan berkesan demi kemajuan negeri.

NS Corporation merupakan antara badan berkanun Negeri Sembilan yang mempunyai peranan berkaitan agenda pembangunan ekonomi negeri.

Hantaran Ismail itu turut disertakan tanda pagar #StabilMajuMakmur dan #NegeriSembilan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato’ Ismail Bin Lasim

Tags: mbMesyuarat BOD NS CorporationNegeri SembilanPengerusikanTeruskan tugas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

25/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan), Tan Sri Dr Rais Yatim, 84, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd