• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

oleh Mynewshub
24/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di New York, Amerika Syarikat semalam bagi memulakan lawatan kerja sempena Minggu Peringkat Tinggi Sesi Ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA81)

Mohamad yang mengetuai delegasi Malaysia ke UNGA81 dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada sesi Debat Umum pada 26 September, selain mewakili negara dalam beberapa mesyuarat peringkat tinggi bagi membincangkan isu global semasa.

“Alhamdulillah, selamat tiba di kota New York, Amerika Syarikat untuk lawatan kerja sempena Minggu Peringkat Tinggi Sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Insya-Allah, akan menyampaikan Kenyataan Negara di sesi Debat Umum pada 26 September dan mewakili Malaysia di mesyuarat-mesyuarat peringkat tinggi untuk membincangkan isu-isu global semasa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Mohamad berkata, beliau memulakan jadual rasminya di New York dengan menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung Komanwel, Shirley Botchwey.

Menurut Mohamad, pertemuan itu antara lain menyentuh hala tuju Komanwel dalam menghadapi pelbagai cabaran global semasa.

Perbincangan turut menyentuh persediaan menjelang Persidangan Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan Komanwel Ke-28 (CHOGM 2026) yang dijadual berlangsung di Antigua dan Barbuda pada November ini. – MYNEWSHUB

Tags: Mohamad HasanMulakan MisiTiba Di New YorkUNGA81
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd