PUTRAJAYA – Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) tidak dibatalkan, sebaliknya gabungan itu dikenakan perintah penggantungan semua kegiatan berkuat kuasa Rabu.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam satu kenyataan berkata, perintah penggantungan itu bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.
Menurut ROS, notis di bawah Subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832] bertarikh 22 September 2026 telah dikeluarkan dan memberikan tempoh yang munasabah kepada PN untuk menjawab notis berkenaan.
“Notis tersebut bukan keputusan pembatalan pendaftaran,” katanya pada Khamis.
Terdahulu, PN hari ini mengesahkan menerima notis daripada ROS berhubung cadangan untuk membatalkan pendaftaran gabungan itu, selain perintah menggantung semua kegiatannya sehingga tarikh yang tidak ditentukan.
PN mengambil maklum tindakan ROS itu, namun tidak bersetuju dengan asas keputusan berkenaan dan sedang mengambil langkah segera melalui proses undang-undang yang tersedia. – MYNEWSHUB


