SEREMBAN – Media melaporkan perjumpaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar pagi ini dibatalkan.
Memetik laporan Berita Harian, Tunku Nadzaruddin dan Undang Yang Empat dilihat meninggalkan balai undang menaiki kenderaan rasmi masing-masing mulai pukul 12.15 tengah hari tadi.
Perjumpaan Menteri Besar Negeri Sembilan bersama barisan EXCO kerajaan negeri dengan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar pagi ini dilaporkan dibatalkan atas faktor keselamatan.
Terdahulu, media melaporkan pihak polis dilihat membuat kawalan ketat dan dalam keadaan bersiap sedia di sekitar Balai Undang Sungai Ujong, dekat Ampangan, di sini.
Sekitar termasuk bahagian belakang balai berkenaan dilaporkan dipenuhi polis termasuk kelihatan beberapa trak.
Pihak media yang ke lokasi untuk membuat liputan tidak dibenarkan mendekati balai berkenaan dan diminta beredar. – MYNEWSHUB


