KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-44.
Menerusi hantaran di media sosial, ucapan ringkas “Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44” dikongsikan sempena hari istimewa pasangan Diraja itu.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat Seri Paduka Baginda berdua.
Zaleha Kassim mendoakan agar ikatan perkahwinan pasangan Diraja itu terus berkekalan hingga ke syurga.
“Happy anniversary for you two King and Queen, till Jannah. Amin,” tulisnya.
Osot Prayun pula mengucapkan “Daulat Tuanku” selain mendoakan agar kasih sayang antara Seri Paduka Baginda berdua terus berkekalan.
“Daulat Tuanku. Happy Anniversary to you both HM. May you stay in love forever,” katanya.
Hasnie Mie turut menitipkan doa dengan menulis, “Daulat Tuanku. Happy Anniversary. Semoga kekal hingga ke Jannah.”
Sementara itu, Mohd Hapizi Mohamad Ali mendoakan agar Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.
“Happy Anniversary Tuanku dan Permaisuri, semoga sentiasa di bawah lembayung Allah SWT. Amin,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut mengambil kesempatan menyampaikan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan berpanjangan buat pasangan Diraja berkenaan. – MYNEWSHUB


