JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkongsi empat prinsip yang menjadi pegangan baginda dalam menjalani kehidupan ketika ini.
Menerusi hantaran di Instagram, Tunku Tunku Mahkota Ismail terlebih dahulu menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat dan kurniaan Allah SWT yang diterima.
“Bersyukur atas segala yang Allah kurniakan kepada saya. Alhamdulillah,” titah Baginda.
Menurut Tunku Mahkota Ismail, perkara pertama yang menjadi pegangan baginda adalah kesihatan merupakan kekayaan yang amat bernilai.
Prinsip kedua pula adalah tidak membuang
masa dan tenaga terhadap sesuatu perkara yang tidak membawa ketenangan, keuntungan serta tujuan dalam kehidupan.
Baginda turut menekankan kepentingan untuk lebih banyak berdiam diri dan memiliki pemikiran yang tajam berbanding terlalu lantang menyuarakan pendapat.
Prinsip keempat yang dikongsikan adalah mengenai keperluan menguasai sesuatu keadaan dan tidak mudah terpengaruh dengan segala ‘bunyi bising’ atau gangguan di sekeliling.
Tunku Mahkota Ismail menggunakan analogi permainan catur dengan menyatakan bahawa seseorang yang benar-benar menguasai permainan akan memerhatikan keseluruhan papan catur.
Manakala mereka yang kurang berpengalaman pula sibuk berdebat mengenai buah-buah catur. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial HRH Crown Prince of Johor


