• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ehsan Raja Kepada Najib Bukan Layanan Istimewa – Naib Presiden Wawasan

oleh Mynewshub
20/09/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Ehsan Raja Kepada Najib Bukan Layanan Istimewa – Naib Presiden Wawasan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengampunan bersyarat yang diperkenankan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tidak seharusnya dianggap sebagai satu bentuk layanan istimewa, kata Naib Presiden Parti
Wawasan Negara, Datuk Omar Mustapha.

Beliau berkata, Najib telah melalui keseluruhan proses undang-undang termasuk didakwa, dibicarakan, disabitkan kesalahan dan dipenjarakan sejak 23 Ogos 2022.

Menurutnya, pengampunan bersyarat itu tidak membatalkan sabitan terhadap Najib, sebaliknya hanya membolehkan baki hukumannya dijalani secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

“Layanan istimewa yang mana? Beliau telah didakwa, dibicarakan, disabitkan dan dipenjarakan. Kalau beliau selama ini boleh menanggung hukuman itu seorang diri, saya tidak nampak apa yang istimewa apabila Seri Paduka Baginda menunjukkan ehsan kepada beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Omar menegaskan, kuasa pengampunan merupakan hak dan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan serta sistem Raja Berperlembagaan.

Katanya, tidak wajar sesetengah pihak mengiktiraf hukuman yang dijatuhkan terhadap Najib sebagai bukti kedaulatan undang-undang, tetapi mempertikaikan keputusan Raja menggunakan kuasa pengampunan yang turut diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Omar berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah berhubung hukuman terhadap Najib dan juga keputusan mengenai pengampunan bersyarat tersebut.

Pada masa sama, beliau menegaskan kes-kes lain membabitkan Najib masih berada dalam proses rayuan dan sewajarnya diserahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Omar Mustapha

Tags: Bukan Layanan IstimewaEhsan RajaKepada NajibNaib Presidenwawasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Suarakan Ketuanan Melayu Mahu Teruskan Pemerintahan Kuku Besi – Timbalan Menteri

Pihak Suarakan Ketuanan Melayu Mahu Teruskan Pemerintahan Kuku Besi – Timbalan Menteri

22/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa golongan yang pernah menyuarakan Ketuanan Melayu sebenarnya mahu meneruskan pemerintahan...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd